Rakan Usrah

berdana

sponsor

Tuesday, April 12, 2011

What's a roadtrip when 6 of you are all cramped in saloon car? It's time for a new car so say hello to #allaboutexora! Get your Test Drive session today!

What's a roadtrip when 6 of you are all cramped in saloon car? It's time for a new car so say hello to #allaboutexora! Get your Test Drive session today!

Sunday, April 10, 2011

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".

H.R Muslimi

Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:


1.Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2.Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.


3.Binatang besar ( Dabatul-Ard) yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.


4.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.


5.Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.


6.Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.


7.Gempa bumi di Timur.


8.Gempa bumi di Barat


9.Gempa bumi di Semenanjung Arab


10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang .... Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Thursday, April 7, 2011



BILA SIFAT MALU TIDAK BERFUNGSI
Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanitapula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulahsukakepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanitasudahberputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik disekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas danbahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikanitu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencubadan terus mencuba.
Apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatianlelaki ? Sememangnya wanita lain daripada lelaki,terdapat banyakkelainnya.Dalam sebuah hadis, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yangbermaksud :"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanitaberbanding lelaki,laluAllah kurniakan ke atas mereka sifat malu"
(Hadis riwayat Baihaqi)
Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, Kalaudia buat baik,dikagumi, apabila buat jahat diminati, apabila diamemakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksidilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.
Oleh sebab itu Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepadawanita sifat malu.Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjangsebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akanmemikirkankalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takutorang mengganggunya,hendak berjalan seorang dia takut ada orangmengusiknya.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tandukseorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah merekatidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata,pedulikankalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik,bahkanmereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaanbegitu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu 'alaihi
wasallam bersabda bermaksud :
"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.Sifat malu itu adalah pokokakhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkansifat malu ini di atas neraca syari'at,malah neraca akalpun sudah
mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.
Barangkali wanita hari ini kebanyakkanya tidak malu atau kurangmalu.sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.Ataubarangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidakberfungsi sepenuhnya.Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.
Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepadaneraka Allah dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidaktakut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.Initandanya mereka tiada iman.Apabila tidak beriman, maka sifat malu yangsedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilahrealiti yang tidakboleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui mediacetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiriberbagai ragam, kemungkaranberlaku, tidak terkecuali dilakukan olehwanita.Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelakimenjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidakberfungsi sepenuhnya.
Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifatmalunya.tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia, danketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.Dengan ini akanterhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:" Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yangmembuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. "
Semoga IKATAN yang dibina adalah atas dasar keimanan kepadaAllah :) .


Bab Keterangan Terhadap Pembahagian Iman, Yang Paling Tinggi Dan Paling Rendah Kedudukannya, Kelebihan Malu – Merupakan Sebahagian Daripada Iman

Terdapat 3 hadith yang berkenaan dengan bab ini ;

1) Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :

Rasulullah s.a.w bersabda: Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman.

Riwayat :

Bukhari – Kitab Iman (Hadith no. 8)
Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 50)
Tirmizi – Kitab Iman (Hadith no. 2539)
Nasaie – Kitab Iman Dan Syariat-syariatnya (Hadith no. 4918, 4919 & 4920)
Abu Daud – Kitab Sunnah (Hadith no. 4056)
Ibnu Majah – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 56)
Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 379, 414 & 442)
2) Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya :

Nabi s.a.w mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu iaitu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk, lalu Nabi s.a.w bersabda: Malu itu sebahagian dari iman.

Riwayat :

Bukhari – Kitab Iman (Hadith no. 23) & Kitab Etika (Hadith no. 5653)
Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 52)
Tirmizi – Kitab Iman (Hadith no. 2540)
Nasaie – Kitab Iman Dan Syariat-syariatnya (Hadith no. 4947)
Abu Daud – Kitab Etika (Hadith no. 4162)
Ibnu Majah – Kitab Pendahuluan (Hadith no. 57)
Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 2 (Muka Surat 9, 56 & 147)
Malik – Kitab Berakhlak Mulia (Hadith no. 1407)
3) Diriwayatkan daripada Imran bin Husaini r.a katanya :

Nabi s.a.w telah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.

Riwayat :

Bukhari – Kitab Etika (Hadith no. 5652)
Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 53)
Abu Daud – Kitab Etika (Hadith no. 4163)
Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 4 (Muka Surat 426, 427, 436, 440, 442, 445 & 446)

Wednesday, April 6, 2011

Kali ini saya sekali lagi berasa hati untuk memaparkan artikel mengenai fitnah buat kali kedua kerana dosanya yang amat berat tetapi di ambil mudah oleh orang Islam.Yang bukan Islam patah lagi.Islam adalah agama pemimpin.Bacalah oleh mereka yang menginginkan kehidupan yang selamat.

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.


Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

Artikel diambil dari http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=552.

Tuesday, April 5, 2011

Cerita pasal Didik Anak
Assalammualaikum......
-Masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat Suruh saya habiskan belen2 nasik yg dia makan
-Dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit belen
-Tapi taklah everytime.secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu.Dan sampailah saya dah besar panjang nie pon situasi ni still berjalan.
-Tapi kalo belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan.kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain.
-Samada kami perasan atau tidak.Nak dipendekkan cerita satu hari tu kami tergerak hati nak tanya pasal isu ni kat mak.
-Akhirnya mak dedahkan bahawa memang selalu dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri.Arwah tok pompuan kamilah sebelah abah.
-Mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak.
-Dan kami sendiri akui kesannya.
-Makin lama makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg makin tua tu.
-Kalo kena marah ka kena maki ka memang kami adik beradik diam membisu jer lah.
-Nak jawab balik alamat mintak nak kena pelangkung la.Tak macam budak sekarang dia balas balik katanya nak cari keadilan hehehe.Walaupun mak ayah tau yg kita betul. Nasib la sapa yang sulung memang selalu kena la.
-Dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok jgn sekali2 makan lebihan makanan anak. ----Samalah ceritanya .. dan mak kata jugak,"pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik" Ni yang bagus ikap mak yang kita tak tau..
-Dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka.
-Solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib.kalau ada lebih dr sorang anak, suruh sorang azan dan sorang qiam.kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat.
-Ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang.
-Saya personally memang rasa tak puas hati kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali.
-Tak caya try buat.Solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib.
-Dapat semua waktu lagi baik.Sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2nya.
-Dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib. "Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah'slast sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses.

Petikan diambil dari http://fantastic023.19.forumer.com/a/dr-fadhilah-kamsah-cerita-pasal-mendidik-anak_post246.html

Friday, April 1, 2011

FITNAH LEBIH BERAT DARIPADA MEMBUNUH?

السلام عليكم

Hari ini saya hendak berkongsi tentang FITNAH.

Fitnah adalah perbuatan yang dizahirkan dari diri kita sama ada dari bentuk ucapan dan kelakuan.Inilah gambaran masyarakat kita yang semakin hari semakin kita tidak sedar menjadi darah daging kita.Mereka inilah antara golongan yang bersahabat baik dengan Dajjal.Mari kita ikuti artikel ini.





“Jangan engkau fitnah aku, kan fitnah itu lebih teruk dari membunuh”.Kata-kata ini sering kita dengar. Lebih buruk lagi kata-kata ini keluar dari mulut penceramah agama. Perkataan fitnah yang dimaksudkan di sini ialah menyebarkan kata-kata dusta dan pembohongan terhadap seseorang. Penceramah menguatkan kata-kata tadi dengan membawa dalil al-Quran yang bermaksud: “fitnah itu lebih besar daripada membunuh.”(Surah al-Baqarah,ayat 191).

Adakah benar ayat tersebut menjelaskan mengenai kesalahan fitnah yang bermaksud menuduh perkara yang tidak benar terhadap seseorang?. Jawapannya ialah tidak benar sama sekali. Dalam al-Quran perkataan fitnah disebut sebanyak 28 kali yang kebanyakan bermaksud ujian, dugaan atau cabaran dalam kehidupan. Sementara ayat yang dijadikan dalil bermaksud ujian yang boleh mengancam agama seperti syirik atau kufur. Ayat di atas sebenarnya berkaitan dengan perang. Cuba lihat keseluruhan ayat surah al-Baqarah,ayat 191.
“Dan bunuhlah mereka yang di mana sahaja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka mengusir kamu (Mekah) dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram”.

Ibn Kathir dalam berkata dalam mentafsirkan ayat di atas berkata: Allah memberi peringatan bahawa apa yang mereka lakukan sama ada kufur kepada Allah, mensyirikkan Allah dan menghalang dari jalanNya adalah lebih mendalam, lebih teruk, lebih besar daripada melakukan pembunuhan. Abu al-‘Aliah, Mujahid dan Ikrimah berpendapat : Syirik itu lebih berat daripada pembunuhan.( Lihat Tafsir Ibn Kathir).

Perkataan fitnah yang dimaksudkan mengatakan sesuatu yang tidak benar terhadap seseorang disebut ‘al-namimah’. Oleh itu amat jauh terpesong sekiranya ayat itu dijadikan dalil tentang kesalahan perbuatan tersebut. Memang benar ‘al-namimah’ juga termasuk dosa besar sebagaimana hadis sahih riwayat imam al-Bukhari bahawa Rasulullah saw bersabda :’ dua orang penghuni kubur sedang diazab.mereka diazab bukan kerana sesuatu yang besar. Bahkan, salah seorang disebabkan tidak menjaga diri dari kencingnya sementara seorang lagi berjalan menyebarkan fitnah”.

Namun demikian menggunakan ayat tersebut sebagai dalil kesalahan al-namimah adalah tidak betul serta memesongkan makna sebenar ayat tersebut. Perkara ini tidak sepatutnya dipandang ringan oleh orang beragama. Ini menggambarkan seseorang itu tidak melakukan rujukan sebelum melafazkan kata-kata mengenai agama.

Melakukan pembunuhan merupakan salah satu dosa besar yang perlu kita menghindarinya sebagaimana sabda Rasulullah saw :” Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Para sahabat bertanya : apakah ia ya Rasulullah saw?. Jawab Nabi saw : Iaitu syirik, sihir, membunuh seseorang yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq,memakan riba , memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, menuduh perempuan yang baik dan beriman berzina”.( Imam al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dalam mengatakan sesuatu lebih-lebih lagi berkaitan dengan mafhum ayat al-Quran. Alangkah baiknya sekiranya kita melakukan rujukan dengan membelek kitab tafsir untuk melihat maksud sebenar sesuatu ayat. Semoga Allah merahmati kita semua dan member kefahaman yang mendalam terhadap kalamNya yang mulia.

Itulah sekadar yang dapat kita kongsi bersama untuk kali ini. Maafkan saya jika terkasar atau mengguris hati sesiapa. Apa yang baik, harap disebarkan.

wallahu a'lam

Flickr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

penajaan