Rakan Usrah

berdana

sponsor

Wednesday, October 24, 2012

Ibadah Udhhiyyah



Menyembelih Bintang Korban




Korban atau udhiyah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
Dalam bahasa Arab, 
Udhhiyyah.Idhhiyyah,Dhahiyyah,Dhihiyyah,Adhhat, Idhhat, bererti haiwan yang disembelih dengan tujuan taqarrub kepada ALLAH pada hari Aidiladha sampai akhir hari-hari Tasyrik.

Firman Allah:

فَصَلِّ لِرَ‌بِّكَ وَانْحَرْ‌ ﴿٢

“Oleh itu, solatlah kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)..”  
 Surah Al-Kautsar: 2.

Jadikanlah korban yang dikerjakan ikhlas dan diniatkan hanya semata-mata untuk Allah SWT, tidak kepada selain daripada-Nya, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianuggerahkan Allah yang tidak terhingga banyaknya.
.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT. daripada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”   

(Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.)

A.  HUKUM KORBAN

Menyembelih korban adalah sunat muakkad dan menghampiri kepada wajib bagi yang berkemampuan.
.

B.  FADILAT KORBAN

  1. Korban akan menjadi kenderaan ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  2. Ibadah yang menyelamatkan empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.

C.  HAIWAN KORBAN

  
a- Jenis Haiwan
1. Unta untuk 10 orang
2. Lembu untuk 7 orang
3. Kambing untuk 1 orang.
.
b- Haiwan yang dilarang:
Syarat haiwan untuk ibadat korban haruslah sihat dan sempurna serta tidak:
  1. Sakit.
  2. Buta
  3. Cacat.
  4. Kurus.
  5. Bunting
  6. Haiwan yang sudah tua renta dan tidak bersum-sum lagi.
.
c- Anggaran Umur Haiwan
1. Unta: 3 – 5 tahun
2. Lembu: 2 tahun
3. Kambing: 1 tahun.


d.  Warna Haiwan Korban
Keutamaan haiwan korban itu adalah yang berwarna putih. Kemudian kuning, diikuti dengan warna putih tetapi tidak bersih putihnya. Kemudian haiwan yang sebahagian bulunya berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semua bulunya, diikuti dengan haiwan korban yang berwarna merah bulunya.
.

 D.  KEUTAMAAN HAIWAN KORBAN

  • Lebih afdal dibuat korban bagi seorang dengan seekor unta kerana banyak dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.
  • Seekor unta, lembu atau kerbau yang dibuat korban boleh dikongsi oleh tujuh orang, walaupun tidak semuanya bermaksud korban. Misalnya, ada antaranya bermaksud akikah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya saja.
  • Berkorban dengan seekor kambing lebih afdal daripada seekor lembu atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang. Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang, tetapi pahala berkorban dengan seekor korban itu harus dikongsi dengan orang lain.
  • Berkorban dengan tujuh kambing itu lebih afdal daripada seekor unta atau lembu kerana daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.
.
.

E.  WAKTU PELAKSANAAN IBADAT KORBAN

Bermula waktu korban ini daripada terbit matahari pada 10 Zulhijah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah. Waktu yang afdal melakukannya adalah ketika matahari naik sekadar tujuh kaki dari ufuk pada Hari Nahr (10 Zulhijah).

F.  MENYEMBELIH HAIWAN KORBAN

a. Anjuran dalam berkorban
  1. Menajamkan pisau
  2. Menyembunyikan pisau
  3. Tidak membaringkan haiwan sebelum siap alat dan sebagainya
  4. Menjauhkan / menutupi penyembelihan dari haiwan-haiwan yang lain
  5. Memberi minum dan melayan sebaik-baiknya.
.
b. Lafaz penyembelihan
1. بسم الله
2. الله اكبر
3. Doa untuk orang yang diwakilkan.
.





G.  ORANG YANG MENYEMBELIH HAIWAN KORBAN

a. Wakil
Sebaik-baiknya ibadat korban dilaksanakan sendiri, tetapi harus diwakilkan kepada orang lain.
  1. Melakukan penyembelihan ialah orang yang berkorban itu sendiri, sekiranya dia pandai menyembelih.
  2. Harus mewakilkannya kepada orang lain yang mengetahui hukum-hakam mengenai korban.
  3. Adalah afdal orang yang tidak pandai menyembelih berwakilkan kepada orang lain bagi pihak dirinya dan disunat hadir menyaksikan penyembelihan ke atas haiwan korban itu.
  4. Makruh hukumnya mewakilkan korban kepada kanak-kanak atau orang buta.
.
b.  Niat Ibadat Korban
  1. Disyaratkan berniat ketika menyembelih haiwan korban jika dilakukan sendiri.
  2. Tidak memadai jika seseorang itu hanya membeli haiwan dengan niat hendak dikorbankan tanpa dilafazkan niat itu.
  3. Dibolehkan berniat ketika wakilnya menyembelih korban dengan disaksikan oleh orang yang berwakil tadi.
  4. Lebih afdal orang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih korban itu.
  5. Tidak disyaratkan niat jika melakukan korban nazar.

H.  HUKUM KORBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN

  1. Tidak sah menyembelih korban bagi orang lain tanpa izinnya.
  2. Begitu juga bagi pihak orang yang telah meninggal dunia dengan tiada wasiat atau pesanan daripadanya.
  3. Apabila korban itu dilakukan kerana wasiat si mati, maka wajib disedekahkan semuanya.

 I.  PERKARA SUNAT KETIKA KORBAN

  1. Menjelang 10 Zulhijah, tidak digalakkan empunya korban memotong rambut dan kukunya hingga dia melaksanakan ibadat korban.
  2. Ketika menyembelih haiwan korban disunatkan :
    1. Membaca Bismillahirrohmanirrahim.
    2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
    3. Menghadapkan haiwan itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
    4. Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya.
    5. Membaca doa, maksudnya: “Ini adalah nikmat daripada-Mu dan aku mendekatkan diri kepada-Mu dengannya.” .

J.  AGIHAN DAGING KORBAN 

Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling diutamakan ialah:

  1. Fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat,
  2. Fakir miskin dari kalangan jiran tetangga.
  3. Orang yang melakukan ibadah korban.
  4. Korban nazar, kesemua daging diberi kepada fakir dan ahli keluarga saja.
  5. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang tidak beragama Islam.
 .
a.  Korban Wajib Dan Korban Nazar
  1. Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar, maka hukumnya wajib disedekahkan semuanya.
  2. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging itu. Jika dimakan daging itu, maka wajib diganti kadar yang dimakan itu, tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.
 .
b.  Korban Sunat
  1. Bagi daging korban sunat pula, sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya.
  2. Lebih afdal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban itu, sementara sebahagian besar daripadanya disedekahkan.

Allah SWT berfirman:

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ‌ ﴿٢٨

“…Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).” (Surah al-Hajj, ayat 28)
.

فإ ذا وجبت جنوبها فكلوا منها و أطعموا القانع و المعتر

“Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.” (Al-Hajj: 36)

Sebahagian kaum salaf lebih menyukai membahagikan daging korban menjadi 3 bahagian: sepertiga untuk diri sendiri, satu pertiga untuk hadiah, dan sepertiga lagi sedekah untuk fuqara. (Tafsir Ibnu Katsir, 3 / 300)

Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya dengan dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging itu kepada orang lain dan sebagainya. Tetapi yang lebih afdal adalah perlu disedekahkan jika berlebihan.
  
K.  LARANGAN KORBAN
  1. Jika daging korban itu disebabkan wasiat daripada seorang yang meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
  2. Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit.
  3. Tidak harus memindahkan daging korban ke daerah lain seperti dalam hukum zakat.
  4. Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.
  5. Haram ke atas orang yang berkorban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada haiwan korban itu.
Perkara itu seperti sabda Rasulullah SAW:  
“Sesiapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu, maka tiada dikira korban baginya.” 
(Hadis riwayat al-Hakim)
.
Walaubagaimanapun menurut pandangan mazhab Hanbali, menjemput orang bukan Islam makan atau memberikan daging sembelihan korban sunat adalah dibolehkan asalkan ia mempunyai niat yang baik dan tidak bertentangan dengan tujuan dan matlamat murni ibadah korban, tetapi daging korban wajib (nazar) tidak boleh kita berikan kepada mereka.
.
.
Ibadah Korban bertujuan mensyukuri nikmat Allah SWT yang dikurniakan sepanjang tahun dan memberi orang lain sama-sama merasai nikmat yang Maha Khaliq disamping mempereratkan ukhuwwah sesama ummat.
.
Ikhlaskan niat dan perbanyakkanlah amal soleh dalam bulan Zulhijjah terutama dalam ibadah korban ini. Dan yang lebih penting, ikutilah sunnah rasulullah dan para salafus soleh.
.
Wallahua’lam bish showab

Di copy dari:shafiqolbu

Thursday, October 18, 2012

Amalan Hari Jumaat




1001 Hari Jumaat.

1) Hari nabi Adam a.s diciptakan.
2) Hari nabi Adam a.s dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan darinya.
3) Hari kiamat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : “ خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا ، وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ ”

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptanya adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam syurga, pada hari itu jua dikeluarkan dia dari syurga. Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan pada hari Jumaat.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Kelebihan Jumaat, hadis no: 1417]

2) Hari hidayah untuk umat Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “ نَحْنُ الْآخِرُونَ الْأَوَّلُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا ، وَأُوتِينَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوا فَهَدَانَا اللَّهُ لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ هَدَانَا اللَّهُ لَهُ ” ، قَالَ : ” يَوْمُ الْجُمُعَةِ فَالْيَوْمَ لَنَا ، وَغَدًا لِلْيَهُودِ ، وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى ” .

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata, Nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Kita adalah umat yang terakhir, tetapi kita jua adalah umat yang paling awal tiba pada hari kiamat. Kita adalah umat terawak yang akan memasuki syurga. Hanya sahaja mereka umat yang lebih awal mendapat kitab sebelum kita. Kita mendapat kitab selepas mereka. Lalu mereka berselisih pendapat, lalu Allah pula memberi kita petunjuk pada kebenaran yang mereka perselisihi. Inilah hari yang mereka perselisihi padanya, dan Allah memberi kita petunjuk padanya. Hari Jumaat adalah hari untuk kita, esoknya (Sabtu) adalah hari untuk kaum Yahudi, dan selepasnya (Ahad) adalah untuk kaum Kristian.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Hidayah Hari Jumaat Kepada Umat, hadis no: 1419]

Sunnah Di Hari Jumaat:
Antara amalan sunnah di hari Jumaat ialah:

a) Digalakkan membaca surah as-Sajjadah dan al-Insan di dalam solat Subuh jika berkemampuan menghafalnya.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كَانَ يَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِ الم تَنْزِيلُ فِي الرَّكْعَةِ الْأُولَى ، وَفِي الثَّانِيَةِ هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا “

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam sering membaca dalam solat Subuh di hari Jumaat “Alif Lam Mim Tanzil …” (surah As-Sajjadah) pada rakaat pertama dan surah al-Insan pada rakaat kedua.”

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Apa Yang Dibaca Pada Hari Jumaat, hadis no: 1462]

b) Memperbanyakkan selawat

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ ، قال : قال رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَإِنَّ صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً “

Abu Umamah Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Perbanyakkan selawat kepadaku  pada setiap Jumaat. Ini kerana selawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat. Sesiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku.

[HR al-Baihaqi di dalam Sya’bul Iman, Bab Sebelas Cabang Keimanan, Fasal Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Pada Malam dan Siang Jumaat, hadis no: 2777, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan lighairihi. Lihat Sahih al-Jami’: 1673]

c) Membaca surah al-Kahfi

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ “

Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari oleh cahaya di antara dua jumaat.

[HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak, Kitab Tafsir, Bab Tafsir surah al-Kahfi: 3320, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih, lihat Sahih al-Jami’: 6470]

Kata Imam Syafie:

وأحب كثرة الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم في كل حال ، وأنا في يوم الجمعة ، وليلتها أشد استحبابا ، وأحب قراءة الكهف ليلة الجمعة ، ويومها لما جاء فيها

Aku suka membanyakkan selawat ke atas nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pada setiap keadaan, dan pada siang dan malam Jumaat, aku lebih-lebih menyukai amalan tersebut. Aku juga suka membaca surah al-Kahfi pada malam dan siang Jumaat

[al-Umm, Kitab as-Solat, Bab Menjawab Panggilan Jumaat, Fasal Apakah Yang Diperintahkan Pada Malam dan Siang Jumaat]

d) Memperbanyakkan doa di sepanjang hari Jumaat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، فَقَالَ : ” فِيهِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ يُصَلِّي ، يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bersabda tentang hari Jumaat: Padanya terdapat satu masa. Tidaklah masa itu bertepatan dengan saat seorang hamba yang Muslim berdoa dengan meminta kepada Allah sesuatu, kecuali Dia akan memberikannya.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Waktu Yang Ada Pada Hari Jumaat, hadis no: 1412]

Terdapat hadis menerangkan waktu itu adalah selepas Asar pada hari Jumaat.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً فِيهَا سَاعَةٌ لا يُوجَدُ عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلا آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ ”

Jabir Radiallahu ‘anhu berkata bahawa nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, padanya terdapat satu jam di mana tidaklah seorang hamba yang Muslim berdoa kepada Allah, melainkan Allah akan memakbulkan doa itu. Berusalah mencari waktu tersebut selepas Asar.

[an-Nasai’e dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab Jumaat, Bab Waktu Jumaat, hadis no: 1687. Shaikh Muqbil menyatakan ia hadis hasan. Lihat as-Sahih al-Musnad: 251]

e) Mandi bagi mereka yang menghadiri solat Jumaat

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : “ الْغُسْلُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ ”

Abu Said al-Khudri Radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Mandi pada hari Jumaat wajib untuk setiap orang yang sudah baligh.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Wajibnya Mandi Pada Hari Jumaat Untuk Setiap Orang Yang Sudah Baligh, hadis no: 1403]

فَقَالَ عُمَرُ : رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلْ “

Umar Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila seseorang daripada kalian pergi mendirikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Wajibnya Mandi Pada Hari Jumaat Untuk Setiap Orang Yang Sudah Baligh: 1402]

f) Memakai pakaian yang cantik

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَا : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَلَبِسَ مِنْ أَحْسَنِ ثِيَابِهِ وَمَسَّ مِنْ طِيبٍ إِنْ كَانَ عِنْدَهُ ، ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَلَمْ يَتَخَطَّ أَعْنَاقَ النَّاسِ ، ثُمَّ صَلَّى مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ ، ثُمَّ أَنْصَتَ إِذَا خَرَجَ إِمَامُهُ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْ صَلَاتِهِ ، كَانَتْ كَفَّارَةً لِمَا بَيْنَهَا وَبَيْنَ جُمُعَتِهِ الَّتِي قَبْلَهَا “

Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah Radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang terbaik, memakai minyak wangi jika dia memilikinya. Kemudian pergi menghadiri solat Jumaat dan dia tidak melangkah leher orang lain. Kemudian dia mendirikan solat yang telah Allah tetapkan untuknya. Kemudian dia diam daripada saat imam keluar (untuk berkhutbah) hingga imam menamatkan solatnya. Itu semua menjadi kafarah/penghapusan dosa untuk apa yang ada antara hari tersebut dan Jumaat sebelumnya.

[Sunan Abi Daud, Kitab Bersuci, Bab Mandi Hari Jumaat, hadis no: 290]

g) Memakai minyak wangi [lihat hadis F]

h) Tidak melangkahi saf-saf manusia [lihat hadis F]

i) Mendirikan solat sunat ketika menunggu imam untuk keluar berkhutbah [lihat hadis F]

j) Diam ketika imam berkhutbah [lihat hadis F]

k) Melakukan solat sunat selepas solat Jumaat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمُ الْجُمُعَةَ ، فَلْيُصَلِّ بَعْدَهَا أَرْبَعًا “

Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang kalilan mendirikan solat Jumaat, maka solatlah selepasnya empat rakaat.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Solat Selepas Solat Jumaat, hadis no: 1463]

Kesilapan-Kesilapan Di Hari Jumaat

1. Mengkhususkan malam Jumaat untuk qiamullail dan siang Jumaat untuk berpuasa.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلَا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ ، إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ ” .

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat untuk melakukan Qiamullail, dan janganlah kalian mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa kecuali jika ia merupakan puasa yang sering salah seorang daripada kalilan lakukannya

[Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Makruh Puasa Hari Jumaat Sahaja, hadis no: 1937]

2. Bercakap ketika khatib berkhutbah

عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيِّبِ ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ أَخْبَرَهُ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ “

Ibn Syihab berkata: Sa’id bin al-Musayyib memberitahu aku bahawa Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu menyatakan kepadanya bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila seseorang daripada kalian berkata kepada sahabatnya ‘DIAM’ pada hari Jumaat, sedangkan imam sedang berkhutbah. Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan yang sia-sia

[Sahih al-Bukhari, Kitab Jumaat, Bab Diam Ketika Imam Berkhutbah, hadis no: 888]

3. Membuat hal lain ketika khutbah seperti berzikir, berdoa, bermain telefon bimbit, menderma wang ke dalam tabung masjid dan sebagainya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ، ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ ، غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ ، وَزِيَادَةُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ، وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا “
Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya, kemudian mendatani solat Jumaat lalu dia mendengar (khutbah) dan diam. Diampunkan untuknya apa yang ada antara hari itu dan Jumaat yang akan datang, dan ditambah tiga hari. Sesiapa yang menyentuh/bermain-main dengan batu kerikil (ketika khutbah) sesungguhnya dia melakukan hal yang sia-sia

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Kelebihan Sesiapa Yang Mendengar dan Diam Ketika Khutbah, hadis no: 1425]

4. Melakukan jual beli selepas azan kedua

Firman Allah Taala:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ

Wahai orang yang beriman. Apabila dipanggil untuk mendirikan solat pada hari Jumaat. Bersegerahlah untuk mengingati Allah, dan tinggalkan urusan jual beli [Al-Jumu’ah: 9]

5. Melangkah Jemaah lain ketika khutbah

عَنْ أَبِي الزَّاهِرِيَّةِ ، قَالَ : كُنَّا مَعَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، فَجَاءَ رَجُلٌ يَتَخَطَّى رِقَابَ النَّاسِ ، فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُسْرٍ : جَاءَ رَجُلٌ يَتَخَطَّى رِقَابَ النَّاسِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” اجْلِسْ فَقَدْ آذَيْتَ ” .

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu: Kami bersama dengan Abdullah Bin Busr, iaitu seorang sahabat nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, pada hari Jumaat. Datang seorang lelaki lalu melangkahi tengkuk-tengkuk manusia. Abdullah Bin Busr pun berkata: Seorang lelaki telah datang dan melangkahi tengkuk-tengkuk manusia pada hari Jumaat dan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sedang berkhutbah. Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada lelaki tersebut: Duduklah, sesungguhnya engkau telah mengganggu (jemaah lain)

[Sunan Abi Daud, Kitab Jumaat, Bab Cabang-Cabang Bab Jumaat, Bab Melangkahi Bahu Manusia Di Hari Jumaat, hadis no: 945,, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

6. Memanjangkan khutbah dan memendekkan solat

قَالَ أَبُو وَائِلٍ : خَطَبَنَا عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ ، فَلَمَّا نَزَلَ ، قُلْنَا : يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ ، فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ ، فَقَالَ : إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” إِنَّ طُولَ صَلَاةِ الرَّجُلِ وَقِصَرَ خُطْبَتِهِ ، مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ ، فَأَطِيلُوا الصَّلَاةَ ، وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ ، وَإِنَّ مِنَ الْبَيَانِ سِحْرًا “

Abu Wa’il berkata: ‘Ammar berkhutbah kepada kami dengan ringkas dan jelas. Ketika dia turun, kami berkata,”Hai, Abal Yaqzhan (kunyah ‘Ammar). Engkau telah menyampaikan dengan jelas dan ringkas, seandainya engkau panjangkan sedikit!” Dia menjawab,”Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,’Sesungguhnya panjang solat seseorang, dan pendek khutbahnya merupakan tanda kefahamannya. Maka panjangkanlah solat dan pendekkanlah khutbah! Dan sesungguhnya sebahagian penjelasan merupakan sihir.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Sederhana Dalam Panjang Solat dan Khutbah, hadis no : 1443]

7. Mengkhususkan malam Jumaat dengan bacaan Yasin. Tiada dalil yang sahih berkaitannya. 
  


Flickr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

penajaan