Rakan Usrah

berdana

sponsor

Wednesday, October 24, 2012

Ibadah Udhhiyyah



Menyembelih Bintang Korban




Korban atau udhiyah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
Dalam bahasa Arab, 
Udhhiyyah.Idhhiyyah,Dhahiyyah,Dhihiyyah,Adhhat, Idhhat, bererti haiwan yang disembelih dengan tujuan taqarrub kepada ALLAH pada hari Aidiladha sampai akhir hari-hari Tasyrik.

Firman Allah:

فَصَلِّ لِرَ‌بِّكَ وَانْحَرْ‌ ﴿٢

“Oleh itu, solatlah kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)..”  
 Surah Al-Kautsar: 2.

Jadikanlah korban yang dikerjakan ikhlas dan diniatkan hanya semata-mata untuk Allah SWT, tidak kepada selain daripada-Nya, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianuggerahkan Allah yang tidak terhingga banyaknya.
.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada satu amalan yang paling dicintai Allah SWT. daripada Bani Adam a.s ketika Hari Raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”   

(Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.)

A.  HUKUM KORBAN

Menyembelih korban adalah sunat muakkad dan menghampiri kepada wajib bagi yang berkemampuan.
.

B.  FADILAT KORBAN

  1. Korban akan menjadi kenderaan ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  2. Ibadah yang menyelamatkan empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.

C.  HAIWAN KORBAN

  
a- Jenis Haiwan
1. Unta untuk 10 orang
2. Lembu untuk 7 orang
3. Kambing untuk 1 orang.
.
b- Haiwan yang dilarang:
Syarat haiwan untuk ibadat korban haruslah sihat dan sempurna serta tidak:
  1. Sakit.
  2. Buta
  3. Cacat.
  4. Kurus.
  5. Bunting
  6. Haiwan yang sudah tua renta dan tidak bersum-sum lagi.
.
c- Anggaran Umur Haiwan
1. Unta: 3 – 5 tahun
2. Lembu: 2 tahun
3. Kambing: 1 tahun.


d.  Warna Haiwan Korban
Keutamaan haiwan korban itu adalah yang berwarna putih. Kemudian kuning, diikuti dengan warna putih tetapi tidak bersih putihnya. Kemudian haiwan yang sebahagian bulunya berwarna hitam, kemudian yang berwarna hitam semua bulunya, diikuti dengan haiwan korban yang berwarna merah bulunya.
.

 D.  KEUTAMAAN HAIWAN KORBAN

  • Lebih afdal dibuat korban bagi seorang dengan seekor unta kerana banyak dagingnya untuk dibahagikan kepada fakir. Kemudian lembu atau kerbau, kemudian biri-biri dan kemudian kambing.
  • Seekor unta, lembu atau kerbau yang dibuat korban boleh dikongsi oleh tujuh orang, walaupun tidak semuanya bermaksud korban. Misalnya, ada antaranya bermaksud akikah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya saja.
  • Berkorban dengan seekor kambing lebih afdal daripada seekor lembu atau unta yang dikongsi oleh tujuh orang. Bagi seekor kambing atau biri-biri hanya cukup untuk seorang, tetapi pahala berkorban dengan seekor korban itu harus dikongsi dengan orang lain.
  • Berkorban dengan tujuh kambing itu lebih afdal daripada seekor unta atau lembu kerana daging kambing lebih baik dan lebih banyak darah yang tumpah ketika disembelih.
.
.

E.  WAKTU PELAKSANAAN IBADAT KORBAN

Bermula waktu korban ini daripada terbit matahari pada 10 Zulhijah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah. Waktu yang afdal melakukannya adalah ketika matahari naik sekadar tujuh kaki dari ufuk pada Hari Nahr (10 Zulhijah).

F.  MENYEMBELIH HAIWAN KORBAN

a. Anjuran dalam berkorban
  1. Menajamkan pisau
  2. Menyembunyikan pisau
  3. Tidak membaringkan haiwan sebelum siap alat dan sebagainya
  4. Menjauhkan / menutupi penyembelihan dari haiwan-haiwan yang lain
  5. Memberi minum dan melayan sebaik-baiknya.
.
b. Lafaz penyembelihan
1. بسم الله
2. الله اكبر
3. Doa untuk orang yang diwakilkan.
.





G.  ORANG YANG MENYEMBELIH HAIWAN KORBAN

a. Wakil
Sebaik-baiknya ibadat korban dilaksanakan sendiri, tetapi harus diwakilkan kepada orang lain.
  1. Melakukan penyembelihan ialah orang yang berkorban itu sendiri, sekiranya dia pandai menyembelih.
  2. Harus mewakilkannya kepada orang lain yang mengetahui hukum-hakam mengenai korban.
  3. Adalah afdal orang yang tidak pandai menyembelih berwakilkan kepada orang lain bagi pihak dirinya dan disunat hadir menyaksikan penyembelihan ke atas haiwan korban itu.
  4. Makruh hukumnya mewakilkan korban kepada kanak-kanak atau orang buta.
.
b.  Niat Ibadat Korban
  1. Disyaratkan berniat ketika menyembelih haiwan korban jika dilakukan sendiri.
  2. Tidak memadai jika seseorang itu hanya membeli haiwan dengan niat hendak dikorbankan tanpa dilafazkan niat itu.
  3. Dibolehkan berniat ketika wakilnya menyembelih korban dengan disaksikan oleh orang yang berwakil tadi.
  4. Lebih afdal orang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih korban itu.
  5. Tidak disyaratkan niat jika melakukan korban nazar.

H.  HUKUM KORBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN

  1. Tidak sah menyembelih korban bagi orang lain tanpa izinnya.
  2. Begitu juga bagi pihak orang yang telah meninggal dunia dengan tiada wasiat atau pesanan daripadanya.
  3. Apabila korban itu dilakukan kerana wasiat si mati, maka wajib disedekahkan semuanya.

 I.  PERKARA SUNAT KETIKA KORBAN

  1. Menjelang 10 Zulhijah, tidak digalakkan empunya korban memotong rambut dan kukunya hingga dia melaksanakan ibadat korban.
  2. Ketika menyembelih haiwan korban disunatkan :
    1. Membaca Bismillahirrohmanirrahim.
    2. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
    3. Menghadapkan haiwan itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
    4. Bertakbir sebelum membaca Bismillah dan selepasnya.
    5. Membaca doa, maksudnya: “Ini adalah nikmat daripada-Mu dan aku mendekatkan diri kepada-Mu dengannya.” .

J.  AGIHAN DAGING KORBAN 

Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling diutamakan ialah:

  1. Fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat,
  2. Fakir miskin dari kalangan jiran tetangga.
  3. Orang yang melakukan ibadah korban.
  4. Korban nazar, kesemua daging diberi kepada fakir dan ahli keluarga saja.
  5. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang tidak beragama Islam.
 .
a.  Korban Wajib Dan Korban Nazar
  1. Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar, maka hukumnya wajib disedekahkan semuanya.
  2. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging itu. Jika dimakan daging itu, maka wajib diganti kadar yang dimakan itu, tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.
 .
b.  Korban Sunat
  1. Bagi daging korban sunat pula, sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya.
  2. Lebih afdal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban itu, sementara sebahagian besar daripadanya disedekahkan.

Allah SWT berfirman:

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ‌ ﴿٢٨

“…Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).” (Surah al-Hajj, ayat 28)
.

فإ ذا وجبت جنوبها فكلوا منها و أطعموا القانع و المعتر

“Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.” (Al-Hajj: 36)

Sebahagian kaum salaf lebih menyukai membahagikan daging korban menjadi 3 bahagian: sepertiga untuk diri sendiri, satu pertiga untuk hadiah, dan sepertiga lagi sedekah untuk fuqara. (Tafsir Ibnu Katsir, 3 / 300)

Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya dengan dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging itu kepada orang lain dan sebagainya. Tetapi yang lebih afdal adalah perlu disedekahkan jika berlebihan.
  
K.  LARANGAN KORBAN
  1. Jika daging korban itu disebabkan wasiat daripada seorang yang meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
  2. Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit.
  3. Tidak harus memindahkan daging korban ke daerah lain seperti dalam hukum zakat.
  4. Haram menjadikan kulit dan daging haiwan korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah.
  5. Haram ke atas orang yang berkorban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada haiwan korban itu.
Perkara itu seperti sabda Rasulullah SAW:  
“Sesiapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu, maka tiada dikira korban baginya.” 
(Hadis riwayat al-Hakim)
.
Walaubagaimanapun menurut pandangan mazhab Hanbali, menjemput orang bukan Islam makan atau memberikan daging sembelihan korban sunat adalah dibolehkan asalkan ia mempunyai niat yang baik dan tidak bertentangan dengan tujuan dan matlamat murni ibadah korban, tetapi daging korban wajib (nazar) tidak boleh kita berikan kepada mereka.
.
.
Ibadah Korban bertujuan mensyukuri nikmat Allah SWT yang dikurniakan sepanjang tahun dan memberi orang lain sama-sama merasai nikmat yang Maha Khaliq disamping mempereratkan ukhuwwah sesama ummat.
.
Ikhlaskan niat dan perbanyakkanlah amal soleh dalam bulan Zulhijjah terutama dalam ibadah korban ini. Dan yang lebih penting, ikutilah sunnah rasulullah dan para salafus soleh.
.
Wallahua’lam bish showab

Di copy dari:shafiqolbu

1 comments:

haleymach said...

How to open a new casino: The rules, rules, and bonuses
What is a new casino? Learn how to open an online 강원도 출장샵 casino, learn how to open a 순천 출장마사지 new casino, and learn how 김해 출장마사지 to 포항 출장마사지 open an online 샌즈 casino online.

Post a Comment

Flickr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

penajaan