skip to main |
skip to sidebar
ade satu artikel yang sy nak kongsi bersama ...
p/s:artikel ni dari Prof. Ir. Syamsul Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.
Aku tidak pernah solat...tetapi aku tetap berjaya...itu adalah istidraj,
ape ISTIDRAJ tuh??
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat b...aik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu?
Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” Lihat. Lihat apa kata Qarun.
Tidak, semua ini adalah hasil dari ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Nah Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan? Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi.
Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan.. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa
ALLAH menjawab,
Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA.
Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.
Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya.
Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
Rakan Usrah
berdana
Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
sponsor
Wednesday, June 22, 2011
Tidak Pernah Solat?????

Pages
1m
- http://bizinformation.com.my/www.blogyeop.blogsot.com
Pak Haji
Check Page Rank of your Web site pages instantly: |
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service |
Like Blog
Asr
Waktu Solat Fardhu
Pujian
sembang kencang
CONTRIBUTION
Popular Posts
Recent Posts
http://blogyeop.blogspot.com/
by Imq. Powered by Blogger.
Favorite blogs
-
-
-
MOHON SUMBANGAN IKHLAS DARI ANDA1 year ago
-
-
-
Penawar Asma Secara Tradisional7 years ago
-
-
Menang Etude House8 years ago
-
sepintas lalu: update8 years ago
-
Bagaimana Caranya Mengurus STNK Hilang?8 years ago
-
-
-
jangan jadi org pemarah10 years ago
-
Hisashiburi10 years ago
-
http://ok-store.blogspot.com/10 years ago
-
-
-
-
-
Popular Posts
-
1001 Hari Jumaat. 1) Hari nabi Adam a.s diciptakan. 2) Hari nabi Adam a.s dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan darinya...
-
20 Amalan Murah REZEKI “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaik...
-
Menyembelih Bi n tang Korban Korban atau ‘ udhiyah ’ bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikat...
-
ENAM PEGANGAN 1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya. 2. Bahagia dan sa’adah hanya akan dirasakan...
-
1. Mereka yang suka cakap besar. cakap berkepak-kepak. last-last hasilnya hampeh..sengal kan? 2. Mereka yang suka memaksa. dah orang cakap t...
-
Pemilihan Pemimpin dalam Islam Ada dua sumber hukum dasar dalam Islam, yaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah. Kedua sumber hukum dasar ini menga...
-
Bab Keterangan Terhadap Pembahagian Iman, Yang Paling Tinggi Dan Paling Rendah Kedudukannya, Kelebihan Malu – Merupakan Sebahagian Daripada ...
-
BILA SIFAT MALU TIDAK BERFUNGSI Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanitapula sebagai bunga. Kalau kumbang suka ...
-
Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu? "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" "Oh.. itu Kaabah atau n...
-
Kali ini saya sekali lagi berasa hati untuk memaparkan artikel mengenai fitnah buat kali kedua kerana dosanya yang amat berat tetapi di ambi...
1 comments:
Benda yg tjadi kepada sy sendiri..Sebelum nih sy tidak pernah solat..bertahun2 sy abaikan solat sy..tapi sy sentiasa berjaya dalam pelajaran sy..Setiap sem sy dapat dean list..pointer sentiasa ok..
tapi bila sy mula kembali ke jln Allah..Sy mula solat, tiap kali solat sy mnta semoga sy boleh dapat kekalkn apa yg sy dpt tuh..Tapi, akhirnya sy dh tak dpt dean list utk sem tuh..pointer sy utk sem tuh jatuh sdkt..menangis berhari2..
Alhamdulillah..Selepas baca entry ni sy dpat menambah ilmu dan insyaAllah berusaha untuk mempertingkatkan lagi amalan kepada Allah..=) Tq! n nice entry..
Post a Comment