1001 Hari Jumaat.
1) Hari nabi Adam a.s diciptakan.
2) Hari nabi Adam a.s dimasukkan ke
dalam syurga dan dikeluarkan darinya.
3) Hari kiamat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ،
أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : “ خَيْرُ
يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ ،
وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا ، وَلَا تَقُومُ
السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ ”
Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu
meriwayatkan, Nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari
itu diciptanya adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam syurga, pada hari itu
jua dikeluarkan dia dari syurga. Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan pada
hari Jumaat.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab
Kelebihan Jumaat, hadis no: 1417]
2) Hari hidayah untuk umat Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ،
قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
“ نَحْنُ الْآخِرُونَ الْأَوَّلُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَنَحْنُ أَوَّلُ
مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا ،
وَأُوتِينَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوا فَهَدَانَا اللَّهُ لِمَا
اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ
هَدَانَا اللَّهُ لَهُ ” ، قَالَ : ” يَوْمُ الْجُمُعَةِ فَالْيَوْمَ لَنَا ،
وَغَدًا لِلْيَهُودِ ، وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى ” .
Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu
berkata, Nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Kita adalah
umat yang terakhir, tetapi kita jua adalah umat yang paling awal tiba pada hari
kiamat. Kita adalah umat terawak yang akan memasuki syurga. Hanya sahaja mereka
umat yang lebih awal mendapat kitab sebelum kita. Kita mendapat kitab selepas
mereka. Lalu mereka berselisih pendapat, lalu Allah pula memberi kita petunjuk
pada kebenaran yang mereka perselisihi. Inilah hari yang mereka perselisihi
padanya, dan Allah memberi kita petunjuk padanya. Hari Jumaat adalah hari untuk
kita, esoknya (Sabtu) adalah hari untuk kaum Yahudi, dan selepasnya (Ahad)
adalah untuk kaum Kristian.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab
Hidayah Hari Jumaat Kepada Umat, hadis no: 1419]
Sunnah Di Hari Jumaat:
Antara amalan sunnah di hari Jumaat
ialah:
a) Digalakkan membaca surah
as-Sajjadah dan al-Insan di dalam solat Subuh jika berkemampuan menghafalnya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ،
أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” كَانَ يَقْرَأُ فِي
الصُّبْحِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِ الم تَنْزِيلُ فِي الرَّكْعَةِ الْأُولَى ، وَفِي
الثَّانِيَةِ هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ
شَيْئًا مَذْكُورًا “
Daripada Abu Hurairah Radiallahu
‘anhu bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam sering membaca dalam solat Subuh
di hari Jumaat “Alif Lam Mim Tanzil …” (surah As-Sajjadah) pada rakaat pertama
dan surah al-Insan pada rakaat kedua.”
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Apa
Yang Dibaca Pada Hari Jumaat, hadis no: 1462]
b) Memperbanyakkan selawat
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ ،
قال : قال رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
” أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَإِنَّ
صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ كَانَ
أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً “
Abu Umamah Radiallahu ‘anhu berkata:
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Perbanyakkan selawat
kepadaku pada setiap Jumaat. Ini kerana selawat umatku akan diperlihatkan
padaku pada setiap Jumaat. Sesiapa yang banyak berselawat kepadaku, dialah yang
paling dekat denganku.
[HR al-Baihaqi di dalam Sya’bul
Iman, Bab Sebelas Cabang Keimanan, Fasal Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Pada
Malam dan Siang Jumaat, hadis no: 2777, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis
hasan lighairihi. Lihat Sahih al-Jami’: 1673]
c) Membaca surah al-Kahfi
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ مَنْ قَرَأَ
سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ
الْجُمُعَتَيْنِ “
Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu
‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya sesiapa
membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari oleh cahaya di
antara dua jumaat.
[HR al-Hakim di dalam al-Mustadrak,
Kitab Tafsir, Bab Tafsir surah al-Kahfi: 3320, Shaikh al-Albani menyatakan ia
sahih, lihat Sahih al-Jami’: 6470]
Kata Imam Syafie:
وأحب كثرة الصلاة على النبي صلى الله
عليه وسلم في كل حال ، وأنا في يوم الجمعة ، وليلتها أشد استحبابا ، وأحب قراءة
الكهف ليلة الجمعة ، ويومها لما جاء فيها
Aku suka membanyakkan selawat ke
atas nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pada setiap keadaan, dan pada
siang dan malam Jumaat, aku lebih-lebih menyukai amalan tersebut. Aku juga suka
membaca surah al-Kahfi pada malam dan siang Jumaat
[al-Umm, Kitab as-Solat, Bab
Menjawab Panggilan Jumaat, Fasal Apakah Yang Diperintahkan Pada Malam dan Siang
Jumaat]
d) Memperbanyakkan doa di sepanjang
hari Jumaat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ،
أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ يَوْمَ
الْجُمُعَةِ ، فَقَالَ : ” فِيهِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ
مُسْلِمٌ وَهُوَ يُصَلِّي ، يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
Daripada Abu Hurairah Radiallahu
‘anhu bersabda tentang hari Jumaat: Padanya terdapat satu masa. Tidaklah masa
itu bertepatan dengan saat seorang hamba yang Muslim berdoa dengan meminta
kepada Allah sesuatu, kecuali Dia akan memberikannya.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab
Waktu Yang Ada Pada Hari Jumaat, hadis no: 1412]
Terdapat hadis menerangkan waktu itu
adalah selepas Asar pada hari Jumaat.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ،
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” يَوْمُ
الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً فِيهَا سَاعَةٌ لا يُوجَدُ عَبْدٌ مُسْلِمٌ
يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلا آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ
بَعْدَ الْعَصْرِ ”
Jabir Radiallahu ‘anhu berkata
bahawa nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Pada hari Jumaat
terdapat dua belas jam, padanya terdapat satu jam di mana tidaklah seorang
hamba yang Muslim berdoa kepada Allah, melainkan Allah akan memakbulkan doa
itu. Berusalah mencari waktu tersebut selepas Asar.
[an-Nasai’e dalam as-Sunan al-Kubra,
Kitab Jumaat, Bab Waktu Jumaat, hadis no: 1687. Shaikh Muqbil menyatakan ia
hadis hasan. Lihat as-Sahih al-Musnad: 251]
e) Mandi bagi mereka yang menghadiri
solat Jumaat
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
الْخُدْرِيِّ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ، قَالَ : “ الْغُسْلُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى
كُلِّ مُحْتَلِمٍ ”
Abu Said al-Khudri Radiallahu ‘anhu
berkata, Rasulullah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Mandi
pada hari Jumaat wajib untuk setiap orang yang sudah baligh.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab
Wajibnya Mandi Pada Hari Jumaat Untuk Setiap Orang Yang Sudah Baligh, hadis no:
1403]
فَقَالَ عُمَرُ : رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” إِذَا جَاءَ
أَحَدُكُمْ إِلَى الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلْ “
Umar Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila seseorang daripada kalian pergi
mendirikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat,
Bab Wajibnya Mandi Pada Hari Jumaat Untuk Setiap Orang Yang Sudah Baligh: 1402]
f) Memakai pakaian yang cantik
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
الْخُدْرِيِّ ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ ،
قَالَا : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
” مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَلَبِسَ مِنْ أَحْسَنِ ثِيَابِهِ
وَمَسَّ مِنْ طِيبٍ إِنْ كَانَ عِنْدَهُ ، ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَلَمْ
يَتَخَطَّ أَعْنَاقَ النَّاسِ ، ثُمَّ صَلَّى مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ ، ثُمَّ
أَنْصَتَ إِذَا خَرَجَ إِمَامُهُ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْ صَلَاتِهِ ، كَانَتْ
كَفَّارَةً لِمَا بَيْنَهَا وَبَيْنَ جُمُعَتِهِ الَّتِي قَبْلَهَا “
Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah
Radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang terbaik, memakai
minyak wangi jika dia memilikinya. Kemudian pergi menghadiri solat Jumaat dan
dia tidak melangkah leher orang lain. Kemudian dia mendirikan solat yang telah
Allah tetapkan untuknya. Kemudian dia diam daripada saat imam keluar (untuk
berkhutbah) hingga imam menamatkan solatnya. Itu semua menjadi
kafarah/penghapusan dosa untuk apa yang ada antara hari tersebut dan Jumaat
sebelumnya.
[Sunan Abi Daud, Kitab Bersuci, Bab
Mandi Hari Jumaat, hadis no: 290]
g) Memakai minyak wangi [lihat hadis
F]
h) Tidak melangkahi saf-saf manusia
[lihat hadis F]
i) Mendirikan solat sunat ketika
menunggu imam untuk keluar berkhutbah [lihat hadis F]
j) Diam ketika imam berkhutbah [lihat
hadis F]
k) Melakukan solat sunat selepas
solat Jumaat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ،
قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
” إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمُ الْجُمُعَةَ ، فَلْيُصَلِّ بَعْدَهَا
أَرْبَعًا “
Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu
berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang
kalilan mendirikan solat Jumaat, maka solatlah selepasnya empat rakaat.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab
Solat Selepas Solat Jumaat, hadis no: 1463]
Kesilapan-Kesilapan Di Hari Jumaat
1. Mengkhususkan malam Jumaat untuk
qiamullail dan siang Jumaat untuk berpuasa.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا
تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلَا
تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ ، إِلَّا أَنْ
يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ ” .
Daripada Abu Hurairah Radiallahu
‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah kalian
mengkhususkan malam Jumaat untuk melakukan Qiamullail, dan janganlah kalian
mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa kecuali jika ia merupakan puasa yang
sering salah seorang daripada kalilan lakukannya
[Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab
Makruh Puasa Hari Jumaat Sahaja, hadis no: 1937]
2. Bercakap ketika khatib berkhutbah
عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، قَالَ :
أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيِّبِ ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ أَخْبَرَهُ ، أَنّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” إِذَا قُلْتَ
لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ
لَغَوْتَ “
Ibn Syihab berkata: Sa’id bin
al-Musayyib memberitahu aku bahawa Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu menyatakan
kepadanya bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila
seseorang daripada kalian berkata kepada sahabatnya ‘DIAM’ pada hari Jumaat,
sedangkan imam sedang berkhutbah. Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan
yang sia-sia
[Sahih al-Bukhari, Kitab Jumaat, Bab
Diam Ketika Imam Berkhutbah, hadis no: 888]
3. Membuat hal lain ketika khutbah
seperti berzikir, berdoa, bermain telefon bimbit, menderma wang ke dalam tabung
masjid dan sebagainya
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ تَوَضَّأَ
فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ، ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ ، غُفِرَ
لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ ، وَزِيَادَةُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ، وَمَنْ
مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا “
Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu
berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berwudhu
dan membaguskan wudhunya, kemudian mendatani solat Jumaat lalu dia mendengar
(khutbah) dan diam. Diampunkan untuknya apa yang ada antara hari itu dan Jumaat
yang akan datang, dan ditambah tiga hari. Sesiapa yang menyentuh/bermain-main
dengan batu kerikil (ketika khutbah) sesungguhnya dia melakukan hal yang
sia-sia
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab
Kelebihan Sesiapa Yang Mendengar dan Diam Ketika Khutbah, hadis no: 1425]
4. Melakukan jual beli selepas azan
kedua
Firman Allah Taala:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا
إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ
اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ
Wahai orang yang beriman. Apabila
dipanggil untuk mendirikan solat pada hari Jumaat. Bersegerahlah untuk
mengingati Allah, dan tinggalkan urusan jual beli [Al-Jumu’ah: 9]
5. Melangkah
Jemaah lain ketika khutbah
عَنْ أَبِي الزَّاهِرِيَّةِ ، قَالَ :
كُنَّا مَعَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، فَجَاءَ رَجُلٌ يَتَخَطَّى رِقَابَ
النَّاسِ ، فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُسْرٍ : جَاءَ رَجُلٌ يَتَخَطَّى رِقَابَ
النَّاسِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَخْطُبُ ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ”
اجْلِسْ فَقَدْ آذَيْتَ ” .
Daripada Abu Hurairah Radiallahu
‘anhu: Kami bersama dengan Abdullah Bin Busr, iaitu seorang sahabat nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam, pada hari Jumaat. Datang seorang lelaki lalu
melangkahi tengkuk-tengkuk manusia. Abdullah Bin Busr pun berkata: Seorang
lelaki telah datang dan melangkahi tengkuk-tengkuk manusia pada hari Jumaat dan
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sedang berkhutbah. Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam berkata kepada lelaki tersebut: Duduklah, sesungguhnya engkau telah
mengganggu (jemaah lain)
[Sunan Abi Daud, Kitab Jumaat, Bab
Cabang-Cabang Bab Jumaat, Bab Melangkahi Bahu Manusia Di Hari Jumaat, hadis no:
945,, Shaikh al-Albani mensahihkannya]
6. Memanjangkan khutbah dan
memendekkan solat
قَالَ أَبُو وَائِلٍ : خَطَبَنَا
عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ ، فَلَمَّا نَزَلَ ، قُلْنَا : يَا أَبَا الْيَقْظَانِ
لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ ، فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ ، فَقَالَ : إِنِّي
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” إِنَّ
طُولَ صَلَاةِ الرَّجُلِ وَقِصَرَ خُطْبَتِهِ ، مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ ،
فَأَطِيلُوا الصَّلَاةَ ، وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ ، وَإِنَّ مِنَ الْبَيَانِ
سِحْرًا “
Abu Wa’il berkata: ‘Ammar berkhutbah
kepada kami dengan ringkas dan jelas. Ketika dia turun, kami berkata,”Hai, Abal
Yaqzhan (kunyah ‘Ammar). Engkau telah menyampaikan dengan jelas dan ringkas,
seandainya engkau panjangkan sedikit!” Dia menjawab,”Aku telah mendengar
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,’Sesungguhnya panjang solat
seseorang, dan pendek khutbahnya merupakan tanda kefahamannya. Maka
panjangkanlah solat dan pendekkanlah khutbah! Dan sesungguhnya sebahagian
penjelasan merupakan sihir.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab
Sederhana Dalam Panjang Solat dan Khutbah, hadis no : 1443]
7. Mengkhususkan malam Jumaat dengan
bacaan Yasin. Tiada dalil yang sahih berkaitannya.
Disalin dari http://alkahfi.com.my/?p=149
0 comments:
Post a Comment