BOLEHKAH seorang pembayar zakat
itu mengungkit-ungkit kembali pembayaran zakatnya? Misalnya dia merasa menyesal
memberikan zakat tersebut kepada seseorang dan mahu agar orang yang diberikan
zakat itu, merasa terhutang budi kepadanya dan mendengar arahan dan
kehendaknya? Hal ini mungkin berlaku dalam segelintir masyarakat dan harap
pihak ustaz dapat menjelaskan.
Jawapan:
Terima kasih kerana mengajukan
pertanyaan. Ternyata, memang ada segelintir manusia yang bersifat sedemikian. Jika
zaman dahulu, digambarkan oleh Allah SWT ada dalam kalangan manusia yang enggan
menyerahkan zakatnya kerana merasakan harta itu adalah milik mereka 100
peratus; sedangkan ia adalah pinjaman dan amanah daripada Allah SWT
semata-mata.
Kisah keengganan ini ada disebutkan,
antaranya di dalam surah al-Qasas (mengenai keingkaran Qarun) dan juga di dalam
surah at-Taubah, yakni kisah kemunafikan (berpura-pura) sebahagian manusia yang
enggan berzakat apabila turunnya perintah daripada Allah SWT
Merujuk kepada soalan di atas,
adakah boleh seseorang itu mengungkit-ungkit pemberiannya?
Dalam hal ini,
perkara yang paling asas yang wajib difahami ialah, zakat itu adalah satu
kewajipan hakiki dan perkara rukun di dalam agama Islam. Zakat wajib dipatuhi,
sama ada atas nama sukarela, paksa rela atau apa sahaja namanya. Tiada jalan
lain lagi bagi melepaskan diri.
Maka, seseorang Muslim itu wajib
mengeluarkan zakatnya apabila telah ada pada dirinya syarat-syarat wajib zakat
yang sempurna, iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup
haulnya. Seandainya orang itu dengan sengaja mengabaikan kewajipan itu, maka di
sisi Allah SWT dia dikira sudah melakukan dosa dan menurut fuqaha, pemerintah
berhak 'merampas' hartanya jika keadaan memerlukan sedemikian.
Di dalam buku Zakat, Teori,
Kutipan Dan Agihan, halaman 40, susunan Muhamad Uda Kasim, beliau telah
menegaskan bahawa di dalam al-Quran ada dua tempat, iaitu pada surah az-Zariyat
(ayat 19) dan juga surah al-Ma'arij (ayat 24 dan 25), yang menjelaskan bahawa
sesungguhnya di dalam harta kekayaan yang dimiliki oleh setiap manusia itu, ada
hak bagi orang-orang lain yang telah pun tertentu jumlahnya sesuai dengan
kehendak Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang maksud-Nya:
" Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang
termaklum, bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri
(daripada meminta)."
(al-Ma'arij: 24-25)
Sebenarnya, ayat di atas adalah
lanjutan daripada ayat sebelumnya yang berupa ancaman kepada orang-orang yang
enggan menunaikan zakat hartanya.
"Neraka itu juga memanggil dan
menarik orang yang membelakangi serta berpaling (daripada kebenaran). Dan yang
mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya)."
(al-Ma'arij: 17-18)
Kemudian, Allah SWT turut menegaskan
bahawa inilah sikap sebahagian manusia dalam bab berharta, iaitu merasa bakhil
dan berkeluh-kesah, bahkan ada masanya enggan menunaikan amanah dan perintah
agamanya.
Firman Allah SWT selanjutnya:
"Sesungguhnya
manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil dan kedekut).
Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh
kesenangan, dia sangat bakhil kedekut."
(al-Ma'arij: 19-21)
Lalu, hanya mereka yang tetap
menjaga solatnya dan tetap menunaikan zakatnya sahaja yang dijamin selamat oleh
Allah SWT:
"Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, Iaitu mereka yang
tetap mengerjakan solatnya, dan mereka (yang menentukan bahagian) pada
harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum, bagi orang miskin yang meminta dan
orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)."
(al-Ma'arij: 22-24)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121012/ba_05/Ungkit-pemberian-zakat#ixzz29QmQx2m5
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 comments:
Post a Comment