Firman Allah Bermaksud;
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
Surah Al-Fatihah ayat 7
Statistik
ISLAM di benua sebesar Rusia masih diselubungi misteri bak kabus yang sangat tebal. Ini apabila jumlah sebenar mereka yang menganut Islam di benua itu tidak ada dalam data yang tepat dan terkini.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
Surah Al-Fatihah ayat 7
Hidayah Allah S.W.T
Statistik
ISLAM di benua sebesar Rusia masih diselubungi misteri bak kabus yang sangat tebal. Ini apabila jumlah sebenar mereka yang menganut Islam di benua itu tidak ada dalam data yang tepat dan terkini.
Pakar
mengenai agama itu, The Russian Islamogist, Roman Silantvev berkata,
terdapat khabar angin yang tersebar luas mengatakan sehingga kini
terdapat hampir 20 juta penduduk Rusia merupakan penganut Islam."Ternyata
khabar angin itu tidak realistik," katanya dalam satu kenyataan yang
disiarkan oleh agensi berita Rusia, Interfax dua tahun lalu.
Menurutnya,
jumlah penduduk Islam mengikut etnik-etnik yang ada di benua itu
dikatakan seramai 14.5 juta sahaja. Namun jumlah sebenar dikatakan
kurang iaitu terdapat 7 hingga 9 juta orang sahaja yang beragama Islam.
"Satu
lagi khabar angin popular yang juga tidak benar, yang mengatakan etnik
Rusia terutamanya yang menganut Yahudi dan Kristian semakin ramai yang
memeluk Islam pada hari ini.
"Sedangkan
yang berlaku sejak 15 tahun lalu sehingga kini, dilaporkan hanya
seramai 3,000 orang sahaja yang memeluk Islam, iaitu satu jumlah tidak
memberikan makna dan signifikan yang besar," jelasnya.
Namun
selepas dirujuk pada lama web ensiklopedia percuma di Internet
Wikipedia, Islam dikatakan agama kedua yang paling ramai dianuti di
Persekutuan Rusia. Dianggarkan kini terdapat seramai 20 juta penduduknya
merupakan penganut Islam. Ia adalah pertambahan hampir 40 peratus sejak
15 tahun lalu dengan 6 juta dari mereka terdiri daripada penduduk asal
yang beragama Islam.
Namun
Silantvev perlu menerima hakikat sekalipun jumlah tidak menjanjikan
signifikan tetapi bagaimana seorang yang bertaraf paderi besar dari
gereja utama di negara itu akhirnya memeluk Islam?
Kisah PengIslaman
Kisah PengIslaman
Pada
tahun 1999, berita pengislaman bekas Paderi Gereja Ortodoks Rusia,
Viacheslav Sergeevich Polosin, 53, yang juga pengerusi jawatankuasa Committee of the Supreme Soviet on Freedom of Conscience bagaikan satu sinar yang memecahkan kabus itu.Namun Polosin dituduh mengalami masalah psikologi akibat tekanan politik apabila dikatakan meninggalkan agama Kristian itu.Jika
Polosin menukar mazhab dari Ortodoks kepada Prostestan, mungkin masih
boleh dimaafkan tetapi kini dengan nama baru iaitu Ali, bagaimana ini
dapat diterima oleh masyarakat Kristian?
"Sedari
kecil saya percaya mengenai kewujudan tuhan sehinggalah melanjutkan
pelajaran ke universiti. Barulah saya mengenali mengenai agama iaitu
Kristian diikuti mengunjungi gereja bagi saya mengenali lebih lanjut
mengenai Kristian, sesuatu yang tidak saya temui ketika menghadiri kelas
pengajian falsafah di universiti," katanya.
Perkara
ini bukan sesuatu yang pelik apabila Rusia berkiblatkan komunisme
sebagai dasar pemerintahan dan peraturan kehidupan. Perkara mengenai
agama tentunya sesuatu yang sangat asing.
Walaupun
segala ajaran mengenai Kristian boleh dipetik bagaikan di hujung
jarinya, namun bekas paderi itu mengakui Islam merupakan jalan yang
paling lurus (the straight path) menuju kebenaran.
"Dalam Kristian 'jalan lurus' itu juga disebut beberapa kali dalam Kitab Perjanjian Lama.
"Dalam
kitab itu diceritakan apabila Raja (King David) yang melalui jalan yang
permukaannya berbatu-batu di daerah berbukit Palestin, maka pembantu
baginda bertindak membersihkan jalan itu dan turut memastikan bahawa
'jalan itu lurus'.
"Ini
diikuti nabi John the Forerunner yang mengajak semua supaya mengakui
ketuhanan Jesus sebagai 'jalan yang lurus' dengan meninggalkan
kepercayaan karut yang dianuti sebelum ini," katanya.
Jalan lurus
Namun
kata Polosin, 'jalan lurus' menurut al-Quran adalah yang paling benar.
Kehidupan manusia merupakan satu perjalanan lurus menuju kepada Allah
tanpa perlu melalui mana-mana orang tengah atau wakil mahupun sebarang
objek penyembahan.
"Nabi Isa sendiri dalam ajaran baginda yang sebenar mahukan manusia memalingkan muka mereka kepada satu-satunya Tuhan (to 'thou', 'Abba, Father') bukannya diri baginda sebagai tuhan seperti mana yang berlaku dalam ajaran itu kini," katanya.
Polosin mengakui bahawa memeluk Islam di sebuah negara seperti Rusia tidak dilihat sebagai satu perbuatan yang dapat diterima.
"Tetapi
isunya kini, bukan sangat kerana memeluk satu ajaran baru tetapi satu
pengakuan kepada satu ajaran kepada percaya tuhan yang satu secara lebih
tegas. Kepercayaan saya kepada Tuhan tidak pernah berubah cuma menjadi
lebih kuat, itu sahaja," ujarnya.
Untuk
Polosin mengakui keesaan Allah merupakan hasil dari satu perjalanan
yang cukup panjang beliau berusaha sedapat boleh untuk mengenali Islam
dari apa juga aspek. Sedari soal ketuhanan sehinggalah kepada sosial,
politik dan hari pembalasan.
"Saya
mengkaji hampir kesemua penulisan buku terutama sejarah Kristian dan
Islam dari ramai penulis termasuk ahli falsafah terkenal Perancis, Rene
Genon yang turut memeluk Islam.
"Prosesnya
cukup panjang kerana Islam bagi saya merupakan satu transisi atau
peningkatan kepercayaan yang lebih berkualiti dan menjadi satu peringkat
baru yang perlu saya lalui," kata Polosin yang turut menganggap
perbincangan bersama seorang tokoh Islam Rusia, Murad Zargishiev
memberikan pengaruh besar dalam hidupnya.
Ditanya sama ada bekas paderi itu kini sudah tidak mempercayai Nabi Isa sebagai Al Masih (penyelamat), Polosin menjelaskan bahawa beliau tetap mempercayai baginda.
"Nabi
Isa sebagaimana yang dikisahkan dalam Perjanjian Lama (Injil) diterima
sebagaimana diceritakan sedangkan ketepatan atau kebenaran mengenai teks
Kitab itu sendiri tidak dapat ditentukan kesahihannya.
"Berbanding
dengan al-Quran disebutkan baginda merupakan seorang nabi. Seorang yang
benar dengan dikurniakan Allah dengan kebolehan yang ajaib dan adalah
benar baginda seorang Penyelamat kerana itu baginda digelar Al Masih
(Messiah)," katanya.
Nabi Isa a.s
Polosin
menjelaskan doktrin mengenai ketuhanan Nabi Isa hanya muncul pada abad
ke-4 selepas Masihi (kelahiran Nabi Isa) dan dijadikan satu dogma agama
yang rasmi pada abad ke 5 (SM). Namun, untuk beberapa abad sebelum itu
penganut Kristian tidak pula mengakui bahawa Nabi Isa itu tuhan.
Hasil
kajian mendalam, Polosin menyedari Islam bukanlah tunas baru yang lahir
dari Kristian tetapi satu reformasi kedua yang paling hebat berlaku
selepas agama nabi Ibrahim, Hanif.
"Nabi
Isa pula membawa misi kebenaran bagi membersihkan amalan-amalan pagan
yang dilakukan oleh kaumnya. Namun sesetengah pengikut tidak mahu
mengikut baginda malah merancang untuk membunuhnya pula.
"Mereka
ini yang kemudiannya melahirkan agama Yahudi menyebabkan Islam lahir
bagi membawa seluruh manusia ke jalan yang benar dengan cara hidup
berlandaskan al-Quran dan Sunnah Nabi," katanya.
Mengenai
peralihan dari kepercayaan Trinity yang menjadi asas kuat kepada dogma
ajaran Kristian Ortodoks, Polosin berkata, pengikut ajaran itu
sebenarnya tidak mengetahui hakikat kewujudan Allah yang mereka
sangkakan mesti dalam 'bentuk' sesuatu.
"Mereka
tidak mengetahui mengenai bentuk tuhan itu tetapi pengikut Kristian
tanpa dapat membezakan antara yang benar dan salah, lalu mengambil
seseorang sebagai bukti bahawa tuhan itu benar-benar 'wujud.'
"Sedangkan
manusia tidak akan mampu menerima 'penjelmaan' itu menyebabkan tuhan
tidak lagi satu malah dua atau lebih yang tentunya bukan satu lambang
kekuasaan dan keesaan-Nya," ujarnya yang mengkaji dari zaman Greek Lama
mengenai penciptaan Kitab Perjanjian Lama dan langsung dibandingkan
dengan isi kandungan al-Quran.
Beliau
tidak menafikan sewaktu bergelar paderi besar itu berlaku pembersihan
rohani yang menimbulkan terlalu banyak keraguan di dalam hati sehingga
menyebabkan beliau memikirkan semula apa yang telah beliau ketahui dan
lalui.
Pengakuan
keislaman beliau diakui tidak dapat diterima oleh pelbagai pihak malah
sebagai yang begitu 'alim' dalam ajaran Kristian. Mungkinkah terdapat
motif lain yang terselindung?
Kredit to Utusan Malaysia
0 comments:
Post a Comment