Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for
disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to
know…”
Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan
tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum
tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re
really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz
nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi
sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di
sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka
menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar
kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think
like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan
sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari
lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak
bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang
lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban
mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje
ni….?”
Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak
termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha
ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah
yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak
menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”
Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang
perempuan lah ye kalau…..orang perempuan
diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
"Bukan itu maksud
saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak
mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk
melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman
dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu
bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada
seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya
bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan
berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah
syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya
perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang
lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa
mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul
tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan
dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s
untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu
sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama
suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina
atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang
namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan
nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan
maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama
dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma
saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun
bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya
daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah
disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu
perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita
tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu
jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika
dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah
lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi
dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak
faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada
seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah
..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan
yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata
orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana
lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud
awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan
baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan
baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu
riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah
swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita
lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik
sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut
lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita
hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa
orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka
aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu
dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang
bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan
dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu
dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab
diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang
dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang
yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa
buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah
ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada
kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang
menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai
tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah
bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup
aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la
agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita
ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah
perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti
dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri
kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu
bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh
hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make
your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya
bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu
sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup
aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika
kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak
mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar
perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya
dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn
oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!!
Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah
….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak
mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz”
pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai
tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya
nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di
dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana
di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah
ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih
ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah
berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya
akan doakan…..