Orang perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya terdapat dua jenis:
1. Haram buat selama-lamanya
2. Haram buat sementara waktu
1. Perempuan yang haram berkahwin buat selama-lamanya adalah:
A. Sebab keturunan seperti:
a. Ibu dan nenek hingga ke atas.
b. Anak dan cucu hingga ke bawah.
c. Saudara perempuan, sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
d. Saudara perempuan bagi bapa (emak saudara) hingga ke atas.
e. Saudara perempuan bagi ibu (emak saudara) hingga ke atas.
f. Anak saudara daripada saudara lelaki hingga ke bawah.
g. Anak saudara daripada saudara perempuan hingga ke bawah.
B. Sebab susuan seperti:
a. Ibu yang menyusukannya.
b. Saudara perempuan susuan.
C. Sebab perkahwinan musaharah seperti:
a. Ibu Mertua.
b. Ibu tiri dan datuk hingga ke atas.
c. Isteri anaknya (menantu) hingga kebawah.
d. Anak isterinya (anak tiri), cucu hingga ke bawah.
2. Perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya buat sementara waktu?
1. Saudara-saudara perempuan bagi isterinya (adik ataupun kakak ipar).
2. Anak saudara isteri sama ada sebelah ibu ataupun sebelah bapa.
3. Anak saudara isteri bagi saudara lelaki ataupun saudara perempuan.
Keterangan dan dalil pengharaman berkahwin dengan perempuan-perempuan yang disebutkan diatas ialah dari surah an-Nisa' ayat 23 yang bermaksud:
"Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, Saudara-saudara bapakmu yang perempuan; Saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang Telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), Maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang Telah terjadi pada masa lampau; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam hadisnya yang bermaksud:
"Haram daripada penyusuan adalah sama seperti haram daripada keturunan."
Artikel : Tuan Guru Dato Dr Harun Din
'Menjawab Persoalan Fiqah Harian'
Diambil dari keratan:
http://www.one-ummah.net/kuliah/feqah/142-jenis-jenis-perempuan-yang-diharamkan-berkahwin-dengannya.html
skip to main |
skip to sidebar
Rakan Usrah
berdana
Dan orang-orang yang terdahulu; yang mula-mula dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” (berhijrah dan memberi bantuan), dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Nya, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah, Ayat 100)
sponsor
Pages
1m
- http://bizinformation.com.my/www.blogyeop.blogsot.com
Pak Haji
Check Page Rank of your Web site pages instantly: |
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service |
Like Blog
Asr
Waktu Solat Fardhu
Pujian
sembang kencang
CONTRIBUTION
Popular Posts
Recent Posts
http://blogyeop.blogspot.com/
by Imq. Powered by Blogger.
Favorite blogs
-
-
-
-
Tugas Penolong Pegawai Tadbir N298 years ago
-
Amerika Dalang Rencana Pembunuhan Erdogan8 years ago
-
-
Ke Mana Menghilangnya Qamarguyz?8 years ago
-
-
unique number (part 2)9 years ago
-
Bagaimana Caranya Mengurus STNK Hilang?9 years ago
-
-
-
jangan jadi org pemarah11 years ago
-
Hisashiburi11 years ago
-
http://ok-store.blogspot.com/11 years ago
-
-
-
-
-
Popular Posts
-
Menyembelih Bi n tang Korban Korban atau ‘ udhiyah ’ bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikat...
-
1001 Hari Jumaat. 1) Hari nabi Adam a.s diciptakan. 2) Hari nabi Adam a.s dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan darinya...
-
1. Sebelum Israk dan Mikraj -Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. -Hati Bagin...
-
Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya Pengertian Najis Bahasa: Benda-benda kotor dan jijik. Istilah: Kotoran yan...
-
Firman Allah Bermaksud; "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mere...
-
B OLEHKAH seorang pembayar zakat itu mengungkit-ungkit kembali pembayaran zakatnya? Misalnya dia merasa menyesal memberikan zaka...
0 comments:
Post a Comment