Rakan Usrah

berdana

sponsor

Wednesday, October 17, 2012

Islam Di Russia

Firman Allah Bermaksud;

"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"

Surah Al-Fatihah ayat 7

Hidayah Allah S.W.T


Statistik

ISLAM di benua sebesar Rusia masih diselubungi misteri bak kabus yang sangat tebal. Ini apabila jumlah sebenar mereka yang menganut Islam di benua itu tidak ada dalam data yang tepat dan terkini.
Pakar mengenai agama itu, The Russian Islamogist, Roman Silantvev berkata, terdapat khabar angin yang tersebar luas mengatakan sehingga kini terdapat hampir 20 juta penduduk Rusia merupakan penganut Islam."Ternyata khabar angin itu tidak realistik," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Rusia, Interfax dua tahun lalu. 
Menurutnya, jumlah penduduk Islam mengikut etnik-etnik yang ada di benua itu dikatakan seramai 14.5 juta sahaja. Namun jumlah sebenar dikatakan kurang iaitu terdapat 7 hingga 9 juta orang sahaja yang beragama Islam.
"Satu lagi khabar angin popular yang juga tidak benar, yang mengatakan etnik Rusia terutamanya yang menganut Yahudi dan Kristian semakin ramai yang memeluk Islam pada hari ini.
"Sedangkan yang berlaku sejak 15 tahun lalu sehingga kini, dilaporkan hanya seramai 3,000 orang sahaja yang memeluk Islam, iaitu satu jumlah tidak memberikan makna dan signifikan yang besar," jelasnya.
Namun selepas dirujuk pada lama web ensiklopedia percuma di Internet Wikipedia, Islam dikatakan agama kedua yang paling ramai dianuti di Persekutuan Rusia. Dianggarkan kini terdapat seramai 20 juta penduduknya merupakan penganut Islam. Ia adalah pertambahan hampir 40 peratus sejak 15 tahun lalu dengan 6 juta dari mereka terdiri daripada penduduk asal yang beragama Islam.
Namun Silantvev perlu menerima hakikat sekalipun jumlah tidak menjanjikan signifikan tetapi bagaimana seorang yang bertaraf paderi besar dari gereja utama di negara itu akhirnya memeluk Islam?

Kisah PengIslaman

Pada tahun 1999, berita pengislaman bekas Paderi Gereja Ortodoks Rusia, Viacheslav Sergeevich Polosin, 53, yang juga pengerusi jawatankuasa Committee of the Supreme Soviet on Freedom of Conscience bagaikan satu sinar yang memecahkan kabus itu.Namun Polosin dituduh mengalami masalah psikologi akibat tekanan politik apabila dikatakan meninggalkan agama Kristian itu.Jika Polosin menukar mazhab dari Ortodoks kepada Prostestan, mungkin masih boleh dimaafkan tetapi kini dengan nama baru iaitu Ali, bagaimana ini dapat diterima oleh masyarakat Kristian?
"Sedari kecil saya percaya mengenai kewujudan tuhan sehinggalah melanjutkan pelajaran ke universiti. Barulah saya mengenali mengenai agama iaitu Kristian diikuti mengunjungi gereja bagi saya mengenali lebih lanjut mengenai Kristian, sesuatu yang tidak saya temui ketika menghadiri kelas pengajian falsafah di universiti," katanya.
Perkara ini bukan sesuatu yang pelik apabila Rusia berkiblatkan komunisme sebagai dasar pemerintahan dan peraturan kehidupan. Perkara mengenai agama tentunya sesuatu yang sangat asing.
Walaupun segala ajaran mengenai Kristian boleh dipetik bagaikan di hujung jarinya, namun bekas paderi itu mengakui Islam merupakan jalan yang paling lurus (the straight path) menuju kebenaran.
"Dalam Kristian 'jalan lurus' itu juga disebut beberapa kali dalam Kitab Perjanjian Lama.
"Dalam kitab itu diceritakan apabila Raja (King David) yang melalui jalan yang permukaannya berbatu-batu di daerah berbukit Palestin, maka pembantu baginda bertindak membersihkan jalan itu dan turut memastikan bahawa 'jalan itu lurus'.
"Ini diikuti nabi John the Forerunner yang mengajak semua supaya mengakui ketuhanan Jesus sebagai 'jalan yang lurus' dengan meninggalkan kepercayaan karut yang dianuti sebelum ini," katanya.
Jalan lurus
Namun kata Polosin, 'jalan lurus' menurut al-Quran adalah yang paling benar. Kehidupan manusia merupakan satu perjalanan lurus menuju kepada Allah tanpa perlu melalui mana-mana orang tengah atau wakil mahupun sebarang objek penyembahan.
"Nabi Isa sendiri dalam ajaran baginda yang sebenar mahukan manusia memalingkan muka mereka kepada satu-satunya Tuhan (to 'thou', 'Abba, Father') bukannya diri baginda sebagai tuhan seperti mana yang berlaku dalam ajaran itu kini," katanya.
Polosin mengakui bahawa memeluk Islam di sebuah negara seperti Rusia tidak dilihat sebagai satu perbuatan yang dapat diterima.
"Tetapi isunya kini, bukan sangat kerana memeluk satu ajaran baru tetapi satu pengakuan kepada satu ajaran kepada percaya tuhan yang satu secara lebih tegas. Kepercayaan saya kepada Tuhan tidak pernah berubah cuma menjadi lebih kuat, itu sahaja," ujarnya.
Untuk Polosin mengakui keesaan Allah merupakan hasil dari satu perjalanan yang cukup panjang beliau berusaha sedapat boleh untuk mengenali Islam dari apa juga aspek. Sedari soal ketuhanan sehinggalah kepada sosial, politik dan hari pembalasan.
"Saya mengkaji hampir kesemua penulisan buku terutama sejarah Kristian dan Islam dari ramai penulis termasuk ahli falsafah terkenal Perancis, Rene Genon yang turut memeluk Islam.
"Prosesnya cukup panjang kerana Islam bagi saya merupakan satu transisi atau peningkatan kepercayaan yang lebih berkualiti dan menjadi satu peringkat baru yang perlu saya lalui," kata Polosin yang turut menganggap perbincangan bersama seorang tokoh Islam Rusia, Murad Zargishiev memberikan pengaruh besar dalam hidupnya.
Ditanya sama ada bekas paderi itu kini sudah tidak mempercayai Nabi Isa sebagai Al Masih (penyelamat), Polosin menjelaskan bahawa beliau tetap mempercayai baginda.
"Nabi Isa sebagaimana yang dikisahkan dalam Perjanjian Lama (Injil) diterima sebagaimana diceritakan sedangkan ketepatan atau kebenaran mengenai teks Kitab itu sendiri tidak dapat ditentukan kesahihannya.
"Berbanding dengan al-Quran disebutkan baginda merupakan seorang nabi. Seorang yang benar dengan dikurniakan Allah dengan kebolehan yang ajaib dan adalah benar baginda seorang Penyelamat kerana itu baginda digelar Al Masih (Messiah)," katanya.
Nabi Isa a.s
Polosin menjelaskan doktrin mengenai ketuhanan Nabi Isa hanya muncul pada abad ke-4 selepas Masihi (kelahiran Nabi Isa) dan dijadikan satu dogma agama yang rasmi pada abad ke 5 (SM). Namun, untuk beberapa abad sebelum itu penganut Kristian tidak pula mengakui bahawa Nabi Isa itu tuhan.
Hasil kajian mendalam, Polosin menyedari Islam bukanlah tunas baru yang lahir dari Kristian tetapi satu reformasi kedua yang paling hebat berlaku selepas agama nabi Ibrahim, Hanif.
"Nabi Isa pula membawa misi kebenaran bagi membersihkan amalan-amalan pagan yang dilakukan oleh kaumnya. Namun sesetengah pengikut tidak mahu mengikut baginda malah merancang untuk membunuhnya pula.
"Mereka ini yang kemudiannya melahirkan agama Yahudi menyebabkan Islam lahir bagi membawa seluruh manusia ke jalan yang benar dengan cara hidup berlandaskan al-Quran dan Sunnah Nabi," katanya.
Mengenai peralihan dari kepercayaan Trinity yang menjadi asas kuat kepada dogma ajaran Kristian Ortodoks, Polosin berkata, pengikut ajaran itu sebenarnya tidak mengetahui hakikat kewujudan Allah yang mereka sangkakan mesti dalam 'bentuk' sesuatu.
"Mereka tidak mengetahui mengenai bentuk tuhan itu tetapi pengikut Kristian tanpa dapat membezakan antara yang benar dan salah, lalu mengambil seseorang sebagai bukti bahawa tuhan itu benar-benar 'wujud.'
"Sedangkan manusia tidak akan mampu menerima 'penjelmaan' itu menyebabkan tuhan tidak lagi satu malah dua atau lebih yang tentunya bukan satu lambang kekuasaan dan keesaan-Nya," ujarnya yang mengkaji dari zaman Greek Lama mengenai penciptaan Kitab Perjanjian Lama dan langsung dibandingkan dengan isi kandungan al-Quran.
Beliau tidak menafikan sewaktu bergelar paderi besar itu berlaku pembersihan rohani yang menimbulkan terlalu banyak keraguan di dalam hati sehingga menyebabkan beliau memikirkan semula apa yang telah beliau ketahui dan lalui.
Pengakuan keislaman beliau diakui tidak dapat diterima oleh pelbagai pihak malah sebagai yang begitu 'alim' dalam ajaran Kristian. Mungkinkah terdapat motif lain yang terselindung?
Kredit to Utusan Malaysia

Tuesday, October 16, 2012

Najis

Jenis-jenis Najis dalam Islam dan Cara Menyucikannya

Pengertian Najis


Bahasa: Benda-benda kotor dan jijik.
Istilah: Kotoran yang menyebabkan tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat dia mengerjakan solat.

Kejadian Najis
1. Keluar daripada dubur atau qubul dalam keadaan cair atau lembut. (Contoh: Tahi, air kencing, dan air mani anjing/khinzir atau keturunannya)
2. Keluar daripada saluran lain. (Contoh: Air liur basi dan muntah)
3. Benda-benda lain yang telah ditetapkan hukumnya sebagai najis. (Contoh: Darah, nanah, susu daripada binatang yang tidak boleh dimakan, arak, anjing dan semua keturunannya, khinzir dan semua keturunannya, dan semua jenis bangkai kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang).

Bahagian-bahagian Najis
A) Najis Mukhaffafah
Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu selain daripada susu ibunya (susu yang dicampur dengan gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).

B) Najis Mutawassitah
 
Najis pertengahan yakni selain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah. Najis mutawassitah terbahagi kepada dua:
  • Najis ainiyyah – najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat) seperti kotoran daripada haiwan.
  • Najis hukmiyyah – najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat) seperti air kencing yang sudah kering.

C) Najis Mughallazah
Najis berat seperti anjing dan babi serta keturunannya dan barang-barang yang diperbuat daripadanya.

D) Najis-najis Lain
Selain daripada tiga jenis najis di atas, terdapat satu najis lagi iaitu “Najis Ma’fu” iaitu najis yang dimaafkan seperti nanah atau darah yang Cuma keluar sedikit, debu atau air kotor yang memercik sedikit dan sukar untuk dihindarkan.

Cara-cara Menyucikan Najis
A) Najis Mukhaffafah
     1. Basuh bahagian yang terkena najis dan kemudian lap.
     2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
     3. Lap dengan kain bersih sehingga kering.
B) Najis Mutawassitah
    1. Buang najis dari tempat yang terkena kotoran.
    2. Basuh tempat yang terkena najis dengan air mutlak.
    3. Pastikan bahagian yang terkena najis tadi hilang bau, warna dan rasa najis tersebut.
C) Najis Mughallazah
     1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
     2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih yang dicampur dengan air.
     3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali) sehingga warna, bau dan rasa najis tersebut hilang. 

Nota tambahan: Merujuk kepada Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007 Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut:
"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak."

Sumber dari Cikgu faizah
http://inspirasiinformasi.blogspot.com/2011/12/jenis-jenis-najis-dalam-islam-dan-cara.html

Monday, October 15, 2012

Memburukkan sikunya





BOLEHKAH seorang pembayar zakat itu mengungkit-ungkit kembali pembayaran zakatnya? Misalnya dia merasa menyesal memberikan zakat tersebut kepada seseorang dan mahu agar orang yang diberikan zakat itu, merasa terhutang budi kepadanya dan mendengar arahan dan kehendaknya? Hal ini mungkin berlaku dalam segelintir masyarakat dan harap pihak ustaz dapat menjelaskan.

Jawapan:

Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan. Ternyata, memang ada segelintir manusia yang bersifat sedemikian. Jika zaman dahulu, digambarkan oleh Allah SWT ada dalam kalangan manusia yang enggan menyerahkan zakatnya kerana merasakan harta itu adalah milik mereka 100 peratus; sedangkan ia adalah pinjaman dan amanah daripada Allah SWT semata-mata. 

Kisah keengganan ini ada disebutkan, antaranya di dalam surah al-Qasas (mengenai keingkaran Qarun) dan juga di dalam surah at-Taubah, yakni kisah kemunafikan (berpura-pura) sebahagian manusia yang enggan berzakat apabila turunnya perintah daripada Allah SWT
Merujuk kepada soalan di atas, adakah boleh seseorang itu mengungkit-ungkit pemberiannya? 

Dalam hal ini, perkara yang paling asas yang wajib difahami ialah, zakat itu adalah satu kewajipan hakiki dan perkara rukun di dalam agama Islam. Zakat wajib dipatuhi, sama ada atas nama sukarela, paksa rela atau apa sahaja namanya. Tiada jalan lain lagi bagi melepaskan diri.

Maka, seseorang Muslim itu wajib mengeluarkan zakatnya apabila telah ada pada dirinya syarat-syarat wajib zakat yang sempurna, iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haulnya. Seandainya orang itu dengan sengaja mengabaikan kewajipan itu, maka di sisi Allah SWT dia dikira sudah melakukan dosa dan menurut fuqaha, pemerintah berhak 'merampas' hartanya jika keadaan memerlukan sedemikian.

Di dalam buku Zakat, Teori, Kutipan Dan Agihan, halaman 40, susunan Muhamad Uda Kasim, beliau telah menegaskan bahawa di dalam al-Quran ada dua tempat, iaitu pada surah az-Zariyat (ayat 19) dan juga surah al-Ma'arij (ayat 24 dan 25), yang menjelaskan bahawa sesungguhnya di dalam harta kekayaan yang dimiliki oleh setiap manusia itu, ada hak bagi orang-orang lain yang telah pun tertentu jumlahnya sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: 

" Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum, bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)." 

(al-Ma'arij: 24-25)

Sebenarnya, ayat di atas adalah lanjutan daripada ayat sebelumnya yang berupa ancaman kepada orang-orang yang enggan menunaikan zakat hartanya.

"Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (daripada kebenaran). Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya)."

(al-Ma'arij: 17-18)

Kemudian, Allah SWT turut menegaskan bahawa inilah sikap sebahagian manusia dalam bab berharta, iaitu merasa bakhil dan berkeluh-kesah, bahkan ada masanya enggan menunaikan amanah dan perintah agamanya.

Firman Allah SWT selanjutnya:  

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil dan kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut."

(al-Ma'arij: 19-21)

Lalu, hanya mereka yang tetap menjaga solatnya dan tetap menunaikan zakatnya sahaja yang dijamin selamat oleh Allah SWT: 

"Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya, dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum, bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)."
  
(al-Ma'arij: 22-24)
 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, February 22, 2012

Pemilihan Pemimpin dalam Islam

Pemilihan Pemimpin dalam Islam

Ada dua sumber hukum dasar dalam Islam, yaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah. Kedua sumber hukum dasar ini mengatur bagaimana seharusnya manusia menjalani kehidupan ini. Di dalamnya terdapat perintah-perintah dan larangan-larangan. Perkara yang halal (yang boleh dilakukan) dan yang haram (yang tidak boleh dilakukan) juga diatur di dalamnya. Konsekuensi dari melakukan yang haram adalah mendapat dosa, yang bisa mengantarkan orang masuk ke dalam neraka, na’udzubillahi min dzalik. Namun, ada perbuatan-perbuatan yang belum diatur dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah karena ada perkembangan teknologi. Oleh karena itu, ada sumber hukum ketiga dalam Islam, yaitu Ijtihad. Ijtihad harus berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah, tidak boleh bertentangan. Dan tidak boleh ada hukum baru jika itu sudah ada dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Politik merupakan permasalahan yang sudah ada sejak zaman Nabi. Dan memilih pemimpin merupakan bagian dari permasalahan politik. Pada masa Rasulullah hidup, beliau adalah pemimpin umat Islam. Setelah beliau wafat, orang-orang bermusyawarah untuk menentukan pemimpin yang berikutnya, maka terpilihlah Abu Bakar sebagai pemimpin. Umat Islam pun membai’atnya sebagai sikap bahwa mereka akan mengikuti perintahnya. Pada akhir kehidupannya, Abu Bakar memilih Umar bin Khoththob sebagai penggantinya. Sahabat-sahabat senior pun mendukung pilihan Abu Bakar. Ia pun membai’at Umar yang kemudian diikuti oleh kaum muslimin. Umar bin Khoththob memimpin selama sekitar 10 tahun. Dia meninggal dengan mendapat tusukan pada saat dia sedang melakukan sholat. Sebelum meninggal, dia memilih enam sahabatnya yang mendapat kabar gembira dari Rasulullah bahwa mereka akan masuk surga. Umar berwasiat kepada enam orang ini untuk memilih salah seorang di antara mereka untuk menjadi kholifah. Semua sahabat yang enam sama-sama enggan untuk menjadi kholifah hingga akhirnya mereka berhasil memilih Utsman. (Sumber: Sejarah Islam, karangan Ahmad Al-Usairy)
Setelah kita membaca cerita di atas, dapat kita simpulkan beberapa cara mereka dalam memilih pemimpin.
• Abu Bakar dipilih oleh umatnya dengan cara musyawarah
• Umar bin Khoththob dipilih oleh Abu Bakar
• Utsman bin ‘Affan terpilih setelah bermusyawah bersama kelima orang sahabatnya yang merupakan calon-calon pemimpin yang dipilih oleh Umar.
Cara-cara yang mereka lakukan tidak menuntut setiap muslim untuk memilih pemimpin. Kewajiban setiap umat muslim adalah mendukung pemimpin yang telah terpilih (dibai’at) selama tidak bertentangan dengan syari’at. Setelah Rasulullah wafat, tidak setiap muslim menyuarakan aspirasinya dalam menentukan pemimpin (kholifah). Hanya sebagian umat Islam yang menyuarakan pendapatnya dalam menentukan pemimpin selanjutnya setelah Rasulullah. Dan mereka sepakat menetapkan Abu Bakar sebagai pemimpin selanjutnya. Setelah itu baru setiap muslim wajib menjadikan Abu Bakar sebagai kholifah, yaitu dengan membai’atnya dan mengikuti perintahnya selama tidak bertentangan dengan syari’at. Pemilihan Umar bin Khoththob merupakan contoh yang sangat jelas bahwa rakyat (setiap umat Islam) tidak berkewajiban ikut dalam pemilihan pemimpin. Pemilihan pemimpin hanya ditetapkan oleh pemimpin sebelumnya. Pemilihan Utsman bin Affan juga hanya dilakukan oleh sekelompok orang, yang menurutku mereka paham tentang sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh pemimpin, tidak ditentukan oleh rakyat yang belum tentu tahu tentang hal itu. Intinya, rakyat tidak berkewajiban memilih pemimpin, mereka hanya diwajibkan untuk taat kepada pemimpin yang telah terpilih.

sumber:http://firmanahmad.wordpress.com/2009/03/24/pemilihan-pemimpin-dalam-islam/

Tak pakai tudung hati baik


Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”


Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”


Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?


Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!


Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”


Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”


Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”


Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”


Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”


Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”


Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”


Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”


Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”


Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”


Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”


Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”


Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”


Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”


Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..


Flickr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

penajaan